Monday, May 3, 2010

tahniah

tahniah dan syabas kepada pelajar peralihan SMKBJ yang menggunakan bahasa melayu dengan baik semasa kelas BM Peralihan, Surendher, Tachaini, Thirumaran, Ong, Foo dan Taiyachaini

nota untuk pelajar Peralihan SMKBJ

Tatabahasa : Penjodoh Bilangan


Nota



1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan

kata bilangan.



2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda

mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.



3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta

penggunaannya.







Penjodoh Bilangan

Penggunaan



baris

Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya



batang

Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya



biji

Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya



cucuk

Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya



das

Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam



ekor

Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya



gugus

Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya



ikat

Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya



jambak

Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya



keping

Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya



ketul

Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya



laras

Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya



lembar

Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya



pasang

Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya



sikat

Untuk pisang



ulas

Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya



utas

Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya

Tatabahasa

Penjodoh bilangan.
Bina 2 ayat dari setiap penjodoh bilangan di bawah.

1) sepotong

2) sebilah

3) sehelai

4) sekaki

5) secawan

6) segelas

7) serumpun

8) sebatang

9) sepinggan

10) selembar